Hari ini, soalan berbentuk essei amat popular bukan sahaja dalam peperiksaan peringkat sekolah dan universiti malah tetapi ujian dalam permohonan kerja juga seringkali melibatkan soalan essei.

Ini adalah kerana, essei akan menunjukkan seseorang itu mampu untuk berfikir secara logik dan jelas. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan soalan berbentuk essei ini, ingat 7 perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mendapat keputusan yang terbaik.

1. Baca soalan dengan teliti

Apabila anda berhadapan dengan soalan berbentuk essei, pastikan anda membaca setiap soalan dengan teliti dan tentukan topik dan jawapan bagaimanakah yang diperlukan oleh soalan tersebut. Selalunya… pelajar akan membaca sekali imbas sesuatu soalan dan terus mula menulis
dengan alasan untuk mengejar masa.  Walaubagaimanapun, itu adalah perkara yang paling bahaya untuk anda lakukan. Ambil beberapa minit untuk anda betul betul memahami kehendak soalan, bulatkan point-point yang penting supaya anda sentiasa ‘Alert’ dan tidak lari dari kehendak soalan.

2. Beri ruang untuk idea anda bergerak

Bila kali pertama anda mula membaca soalan, anda sudah mula berfikir dan memberi tindak balas secara tidak langsung. That’s fine ! Ambil masa untuk anda menulis idea-idea yang terlintas, gunakan point-point yang ringkas untuk anda mengingatnya dalam langkah seterusnya.
Dengan cara ini, anda sebenarnya telah membebaskan kreativiti anda untuk berfikir dan bergerak dengan pantas tanpa perlu bimbang yang anda akan lupa point-point pertama tersebut. Jadi, tulis apa sahaja yang terlintas tatkala anda membaca soalan.

3. Manfaatkan ” Stress ”

Ianya normal apabila anda merasa sedikit tekanan dalam peperiksaan, ini adalah kerana otak anda memproses maklumat jauh lebih pantas dari biasa. Walaupun begitu, anda boleh manfaatkannya dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling anda. Apabila anda memberi 100% tumpuan, anda akan lebih cenderung untuk mendapatkan idea-idea yang berkualiti. Tekanan akan membantu anda untuk berfikir dan membentuk ” logical thoughts ” lebih pantas sewaktu anda bekerja. Jadi terima tekanan itu dengan positif.

4. Gunakan rangka/outline
Secara purata, anda hanya memerlukan 2 minit untuk membuat rangka/outline. Sebaik sahaja anda faham kehendak soalan dengan baik dan telah menulis beberapa idea/point-point pertama yang anda peroleh gunakan ia sebagai rujukan untuk anda membuat rangka essei. Pasti guru/pensyarah anda telah mengajar bagaimana menulis rangka dengan baik. Guna dan praktikkannya dalam sebelum memulakan essei anda.

5. Kawal idea/karangan anda
Rangka/outline akan mengelakkan anda lari dari kehendak utama soalan. Pemeriksa telah dilatih untuk mengesan point-point yang tidak berkenaan dan lari dari kehendak soalan. STAY FOCUS ! dan gunakan rangka sebagai panduan.Jangan sesekali mengarang hanya sekadar untuk
memenuhkankertas jawapan anda untuk nampak lebih panjang. Anda perlu ingat, pemeriksa lebih bijak dari anda.

6. Time’s up !
Jika anda perlu menyiapkan lebih dari satu essei, pastikan anda memperuntukkan had masa bagi setiap soalan. Apabila anda telah melebihi masa yang ditetapkan dan masih belum habis mengarang, berhenti, dan beralih pada soalan seterusnya. Kemungkinan soalan berikutnya adalah  lebih sukar dan penting.

7. Penutup
Anda mungkin tidak berpuas hati dengan essei yang anda hasilkan. Ianya adalah tindak balas normal. Soalan berbentuk essei tidak mempunyai jawapan yang tetap. Anda tidak perlu bimbang, pemeriksa telah sedia maklum yang anda telah diberi masa yang terhad untuk menyiapkan essei tersebut dan mereka tidak akan melihat kepada kesempurnaan sebaliknya perkembangan idea dan kemampuan anda untuk berkomunikasi  dengan kata kunci ( keypoints ).

STAY FOCUS ! dan cuba berikan penutup yang terbaik.

Untuk lebih banyak tips mengenai kaedah belajar yang berkesan, sila dapatkan pakej 10 Speed Study yang diberikan PERCUMA sekiranya anda membeli pakej Teknik Rahsia Matematik di http://www.FormulaMatematik.com

Speed Study

Iklan ini ditaja oleh Pengendali FormulaMatematik.com